MAS, Petron Tandatangani Perjanjian Bekalan Bahan Api A380

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Petron Malaysia Sdn Bdn, yang dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd, dan Malaysia Airlines (MAS) menandatangani perjanjian pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api bagi pesawat Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan.

Pengerusi Petron Corporation Ramon Ang berkata, Petron gembira dapat menjalin perkongsian dengan MAS yang merupakan antara syarikat penerbangan elit dunia mengendalikan Airbus A380.

"Kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh satu daripada syarikat penerbangan utama dunia mengukuhkan komitmen kami untuk membawa perkhidmatan dan bahan api bertaraf dunia ke pasaran serta membekalkan bahan api di bawah perjanjian khas ini bermula 1 Julai," kata Ramon, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petron.

Bagi meraikan hubungan baru berkenaan, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.

"Kami berbangga untuk menyatakan bahawa MAS A380 dikuasakan dengan bahan api Petron," katanya.

MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat dan mula membuat persediaan bagi penerbangan sulungnya pada Ahad.

Pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan