Lelaki Maut Jatuh Flat

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah flat di Pelangi Damansara, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata lelaki berumur 32 tahun itu terjatuh kira-kira pukul 11.30 pagi.

Lelaki yang pernah ditahan polis itu tinggal bersama ibunya yang berumur 54 tahun, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat tiga anggota polis berpakaian preman yang pernah menahan lelaki itu sebelum ini, di kawasan perumahan itu.

Arjunaidi berkata ibu lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Utama berhubung kematian anaknya dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

"Polis menyiasat kes ini sebagai mati mengejut dan akan menyiasat punca sebenar dia jatuh sama ada terjatuh atau cuba melarikan diri," katanya sambil menegaskan bahawa kehadiran anggota polis berkenaan di kawasan perumahan itu tiada kaitan dengan lelaki terbabit.

Arjunaidi bagaimanapun enggan menyatakan kesalahan yang membabitkan lelaki itu sebelum ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan