Borang Daftar Undi Di Pejabat Pos Punya Bekalan Mencukupi

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Borang pendaftaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini mempunyai bekalan yang mencukupi di semua cawangan pejabat pos bagi membolehkan pelanggannya membuat pendaftaran mengundi dengan SPR.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat & Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia Berhad Datuk Rohaiza Hashim berkata masalah kehabisan borang daftar undi sebelum ini hanya berlaku di segelintir pejabat pos dan ia telah diatasi.

"Hasil siasatan mendapati bahawa hanya segelintir cawangan Pos Malaysia yang kehabisan borang Pendaftar SPR disebabkan permintaan menggalakkan daripada pelanggan di kawasan terbabit.

"Tindakan segera telah diambil di mana semua cawangan Pos Malaysia kini mempunyai bekalan borang pendaftaran yang mencukupi," katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online.

Kenyataan ini merujuk laporan yang disiarkan dalam mStar Online bertajuk "Sekumpulan Pemuda Kecewa Pos Malaysia Gagal Sediakan Kemudahan Daftar Undi" bertarikh 26 Jun 2012.

Artikel tersebut menyiarkan aduan 15 orang anak muda yang mendakwa hak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi telah dinafikan oleh Pos Malaysia apabila borang pendaftaran di pejabat pos cawangan Pandan Indah telah habis.

Seorang pegawai bertugas di pejabat pos berkenaan turut menyatakan kemungkinan masalah kehabisan borang mungkin berlaku di pejabat pos lain.

Dalam pada itu, Pos Malaysia menjelaskan pihaknya akan sentiasa memantau bekalan borang Pendaftaran SPR bagi memastikan borang dapat disalurkan dengan segera ke mana-mana pejabat pos yang memerlukan.

Baru-baru ini SPR memaklumkam bahawa rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mereka mendaftar sebelum 30 Jun 2012 sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan selepas Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata, bulan Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan