Tindakan Tegas Jika Gagal Pamer Logo Halal Jakim

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras premis makanan yang gagal mempamer logo dan sijil halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Jakim tidak akan berkompromi, malah bakal mengenakan tindakan tegas terhadap premis yang gagal berbuat demikian.

Beliau berkata tindakan itu selaras dengan penguatkuasaan peraturan mempamer logo dan sijil halal Jakim hari ini, sekali gus pengusaha yang gagal berbuat demikian bakal dikenakan tindakan undang-undang.

"Melalui pindaan akta (Akta Perihal Dagangan (APD) 1972) baru-baru ini, jabatan ini diberi kuasa untuk turun padang melakukan serbuan, tidak seperti sebelum ini, yang mana Jakim perlu menumpang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan apabila mahu melaksanakan satu-satu operasi serbuan.

"Malah kita juga telah memberi masa yang cukup kepada pengusaha premis untuk mendapatkan logo halal Jakim... mereka yang masih berdegil akan dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran produk kecantikan Alaska di sini. Ahad.

Menerusi pindaan akta itu, hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri akan diguna pakai.

Berikutan itu, pengusaha premis diberi tempoh sehingga bulan lepas untuk mendapatkan logo pengesahan halal Jakim, dan jika gagal berbuat demikian, mereka berdepan denda maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna.

Mashitah juga berkata penguatkuasaan itu bakal memudahkan anggota masyarakat mengenal pasti sama ada sijil dan logo halal yang dipamerkan sah atau palsu.

"Melalui penguatkuasaan ini, masyarakat Muslim di negara ini tidak lagi diburu dengan perasaan keliru dan was-was dalam memastikan yang mana satu sijil atau logo halal yang dikeluarkan Jakim," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihati pengguna agar sentiasa berwaspada dan tidak keliru dengan taktik pekerja berpakaian baju melayu, bertudung dan menggantung ayat Al-Quran di premis, yang bertujuan menarik kunjungan pengguna Islam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan