Sokongan Belia Cina Kepada BN Meningkat - Shabery

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Sokongan belia berbangsa Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) kini meningkat lebih 50 peratus berbanding ketika pilihan raya umum yang lalu, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata peningkatan sokongan belia Cina ini dapat dilihat melalui sokongan kumpulan itu terhadap penganjuran program belia yang diadakan besar-besaran, misalnya Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Mei lalu.

"Pada tahun 2008 memang terdapat sedikit kemerosotan dari segi sokongan dengan melibatkan beberapa sentimen yang tidak berpihak kepada kita.

"Namun, kita yakin perubahan yang berlaku ketika ini disebabkan golongan belia Cina ini sudah dapat memahami isu sebenar yang berlaku dalam landskap politik negara," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima kaum Cina dari Parlimen Kemaman di sini, Sabtu.

Ahmad Shabery berkata masyarakat Cina di negara ini seharusnya menghargai keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka tanpa mengambil kira sempadan budaya dan agama.

Sebagai contoh, katanya pembinaan Dewan Komuniti Tionghua Kemaman di Kampung Bukit Mak Dayang yang melibatkan kos RM3.8 juta membuktikan kerajaan sentiasa berusaha menyediakan kemudahan kepada mereka. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan