PM Utus Tahniah Kepada Presiden Baru Mesir

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar perutusan tahniah kepada Mohammed Morsi, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir yang baru pada Sabtu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Morsi, proses transformasi ke arah demokrasi di Mesir akan menunjukkan kemajuan yang signifikan.

"Datuk Seri Najib optimis bahawa dengan ketokohan dinamik presiden, Mesir akan terus memainkan peranan penting dalam arena antarabangsa demi kesejahteraan umat Islam dan masyarakat dunia," kata kenyataan itu.

Najib juga berharap untuk bekerjasama rapat dengan Morsi dalam menerokai bidang baru yang berpotensi di samping mengukuhkan hubungan rapat dan persaudaraan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Mesir.

Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru pada Ahad lepas setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi.

Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan