Dewan Negara Pelawa Mahasiswa Ikuti Sidang Parlimen - Abu Zahar

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dewan Negara telah mengambil langkah proaktif dengan mengundang semua universiti awam di negara ini menghantar mahasiswa masing-masing bagi mengikuti persidangan Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nik Ujang berkata, golongan mahasiswa boleh mendapat pendedahan mengenai politik, dasar dan undang-undang negara.

"Universiti adalah sebuah tempat untuk kita memberi pendedahan, menerangkan sistem demokrasi berparlimen. Kalau masuk universiti asyik belajar saja, keluar universiti pun mereka masih tidak faham politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup Persidangan Agung Tahunan (PAT) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Universiti Malaysia Terengganu di sini Ahad.

Turut hadir pada majlis itu Presiden GPMS Jais Abdul Karim.

Abu Zahar berkata, pihaknya menjemput semua universiti untuk mengikuti sesi persidangan bermula tahun ini dan sambutannya sangat baik.

Sementara itu, pada PAT kali, GPMS telah meluluskan empat resolusi iaitu memperjuangkan pendidikan Melayu, melahirkan pemimpin, memperkasakan cawangan di seluruh negara dan melahirkan lebih ramai sukarelawan.

Pada pemilihan GPMS kali, Jais dan timbalannya Shamsuddin Abdul Rahman menang tanpa bertanding.

Senarai pemegang jawatan GPMS Penggal 2012-2015:

Presiden: Jais Abdul Karim

Timbalan Presiden: Shamsuddin Abdul Rahman

Naib Presiden: Mohamad Alif Anas Mohamad Nor, Datuk Irmohizan Ibrahim, Hishamuddin Abdul Rahman, Rafidah Ariffin.

Setiausaha Agung: Zamri Mat Isa

Ketua Penerangan: Ahmad Yaakob,

Penolong Setiausaha: Khairul Adham Mazlan

Ahli Majlis Tertinggi: Khairul Adham Mazlan, Nor Ain Azmi, Faizal Zulkifli, Ekma Faroza Razali, Izham Ahmad, Ramzul Ikhlas.

- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan