Dakwat Kekal Siap Sedia Untuk Pilihan Raya

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dakwat kekal yang akan digunakan buat kali pertama bagi menandakan pengundi pada pilihan raya umum akan datang sudah bersedia untuk dihantar ke Malaysia.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tempahan dibuat di sebuah kilang di mana ia kini dalam bersiap sedia untuk menghasilkannya dan menghantarkan dakwa itu dengan “notis singkat”.

“Kita tidak boleh membawa dakwat itu ke Malaysia terlalu awal kerana ia akan memberi kesan selepas beberapa bulan, tetapi semuanya di kilang itu bersedia dan sekarang hanya menunggu kita memberi arahan kepada mereka untuk membuat penghantaran,” kata beliau kepada The Star.

Abdul Aziz enggan mendedahkan kilang atau lokasinya atau bila beliau menjangkakan untuk memberi arahan untuk penghantaran tetapi katanya, sesi tersebut akan diuruskan untuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) bermula bulan ini untuk demonstrasi tentang bagaimana menggunakan dakwat itu.

“Panduan tentang bagaimana menggunakan dakwat itu akan diletakkan pada jari pengundi sebelum mereka membuang kertas undi sudah disediakan,” tambahnya.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya dan diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang mula berkuatkuasa pada 15 Februari.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan