ROS Diminta Segera Selesai Isu Presiden Parti Kita

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berharap Pendaftar Pertubuhan (ROS) dapat menyelesaikan segera isu berhubung siapa sebenarnya presiden parti itu.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan 'pengurusan baru' KITA merancang perjalanan aktiviti dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Setakat ini, perkara ini masih lagi dalam siasatan ROS dan tiga minggu lalu, saya telah ditemu bual oleh pegawai ROS di pejabat Kementerian Dalam Negeri di Kedah berhubung kenyataan saya pada 24 Februari lepas.

"Saya berharap agar ia diselesaikan dengan cepat dan jika saya disahkan menjadi ketua parti KITA oleh ROS, saya bersama-sama pengurusan baru parti akan bermesyuarat untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Pada 24 Februari lepas, Zamil membuat laporan polis kerana mendakwa pemecatannya tidak sah dan berlaku penipuan amanah dalam parti itu.

Zamil yang kemudiannya mengisytiharkan dirinya presiden baru parti itu, turut menghantar laporan kepada ROS bagi membuktikan parti itu kini diterajui kepimpinan baru dan bukan lagi oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Isu kepimpinan KITA berpunca apabila Zaid pada 2 Februari lepas mengumumkan bahawa parti itu akan dibubarkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, KITA menyasarkan kira-kira 100 kerusi Parlimen akan ditandingi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

"KITA hanya akan bertanding di kawasan-kawasan yang parti rasakan sesuai dan berpotensi untuk menang dan ia telah pun dikenal pasti. Manifesto parti akan kita lancarkan selepas kita mengumumkan calon parti kelak," katanya.

Zamil juga menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan pada penghujung tahun ini dan awal tahun depan.

"Saya percaya KITA akan berjaya mendapat tempat di hati rakyat," katanya sambil menambah bahawa parti itu kini mempunyai kira-kira lebih 10,000 anggota. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan