Perpecahan Bukan Punca Rombakan Pemuda Umno - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Pergerakan Pemuda Umno akan merombak kepemimpinan peringkat negeri dalam masa terdekat sebagai usaha untuk memantapkan lagi jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, rombakan itu bukan perkara luar biasa, malah sudah dilakukan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah.

"Bagi negeri lain termasuk Johor, saya masih pantau sama ada perlu atau tidak rombakan pemimpin negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang di kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Bandar Seri Alam, dekat sini, Sabtu.

Khairy menafikan rombakan itu dilakukan berikutan wujud perpecahan di kalangan ahli pergerakan itu atau kepimpinan negeri yang tidak diterima peringkat akar umbi.

Beliau berkata demikian sebagai menolak desas desus mengenai Ketua Pemuda Johor, Mohd Fadzil Muskon yang dikatakan tidak diterima oleh segelintir Ketua Pemuda bahagian.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, dilaporkan mendakwa terdapat 16 Ketua Pemuda Umno bahagian yang tidak menyenangi Mohd Fadzil kerana beliau dari kem Khairy, telah bermesyuarat di sebuah hotel di ibu negara Khamis lalu bagi mencapai kata sepakat untuk mendesaknya meletak jawatan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Jamaludin yang merupakan salah seorang daripada kumpulan 16 itu dilapor menafikan perkara tersebut dan menyifatkan PAS sebagai merepek dan sudah tiada isu untuk diperkatakan.

Ketua Pemuda Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed yang turut dikatakan terlibat menafikan perkara itu dan berkata Pemuda PAS hanya pandai mereka cerita dan meminta mereka menjaga hal dalam kain mereka sendiri.

"Laporan itu tidak tepat (kerana) kalau sekira ada apa-apa perubahan, ia berkisar kepada persiapan kita untuk menghadapi PRU.

"Saya membuat perubahan kepemimpinan negeri bukan saja di Johor tetapi juga di negeri lain daripada semasa ke semasa untuk kita memantapkan lagi jentera serta barisan pemimpin kita," kata Khairy.

Beliau berkata dakwaan itu adalah usaha pembangkang untuk menutup kelemahan mereka walaupun sebenarnya banyak perkara lain yang mereka tidak jawab.

Katanya Pemuda Umno termasuk di Johor bersikap terbuka untuk menerima teguran, malah beliau sendiri mendapat teguran daripada peringkat akar umbi yang boleh menjadi antara usaha untuk memperbaiki lagi pergerakan berkenaan.

"Sedikit sebanyak masalah boleh ditangani secara berhemah. Jadi bagi saya kalau ada teguran, jangan terus kata krisis politik kerana setiap kali kita mendapat teguran ia dianggap krisis, jadi kita tidak boleh menjadi pemimpin.

"Apa yang penting saya berpuas hati dengan persiapan Pemuda Umno Johor untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan