Peneroka Felda Didakwa Terima Tawaran Untuk Jual Saham

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Beberapa peneroka didakwa menerima tawaran untuk menjual saham mereka berikutan kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menasihatkan mereka supaya jangan tergesa-gesa melupuskan saham mereka dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

"Saya dimaklumkan oleh ramai peneroka bahawa mereka menerima panggilan telefon meminta mereka melupuskan saham masing-masing. Saya nasihatkan mereka supaya tidak bertindak terburu-buru," katanya.

Zainal berkata, peneroka tidak perlu terburu-buru melupuskan saham mereka memandangkan mereka harus memanfaatkan segala peluang daripada perjanjian pinjaman enam bulan mereka dengan bank.

"Memandangkan kadar faedah terlalu kecil, mereka tidak perlu bertindak terburu-buru," katanya.

Zainal turut menasihatkan para peneroka supaya menghubungi Felda sekiranya mereka menerima panggilan daripada pihak atau individu yang mencurigakan.

Pada Khamis, penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd menunjukkan permulaan yang hebat dengan saham diniagakan menjadi antara saham paling untung dan aktif diniagakan di pasaran utama Bursa Malaysia.

IPO FGVH bernilai RM10.4 bilion merupakan kedua terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook Inc.

Seramai 112,635 menerima manfaat terbesar berikutan penyenaraian itu dengan memperoleh durian runtuh RM15,000 dan pemilikan saham.

Shariffudin Saad, 53, dari Felda Lui Selatan, yakin nilai saham akan terus melonjak naik dalam beberapa minggu akan datang.

"Ahli keluarga memberitahu saya supaya tidak menjual saham itu. Saya ingin terus memilikinya dan menyerahkan kepada orang tersayang agar mereka dapat menikmati kesenangan hidup," katanya.

Seorang lagi peneroka, Abdul Wahab Long, 58, berkata dengan pemilikan saham itu, dia boleh memberi kesenangan kepada keluarganya.

"Kini, saya boleh merancang masa depan dan persaraan saya," katanya dari Felda Lui Muda.

Mokthar Abdul Rahman, 57, berkata dia berasa gembira kerana digelar pemegang saham.

"Kita masih lagi meraikan penyenaraian itu. Felda mencipta pelbagai kejayaan sejak penubuhannya dan dengan izin Allah, ia akan terus cemerlang pada masa akan datang," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan