MAS Airbus A380 Mendarat Di KLIA

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pesawat MAS Airbus A380 mendarat di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Toulouse, Perancis pada Jumaat.
Pesawat MAS Airbus A380 mendarat di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Toulouse, Perancis pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Pesawat Airbus A380 pertama Malaysia Airlines, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Diketuai oleh Kapten Norshid Ali, penerbangan MH5439 dari Toulouse itu membawa 91 tetamu dan kakitangan MAS terpilih.

Mereka termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, CEO Malaysia Airports Tan Sri Bashir Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan para pegawai kanan Kementerian Kewangan, kata MAS dalam satu kenyataan, Jumaat.

Bercakap pada majlis mengalu-alukan ketibaan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau gembira meskipun dengan cabaran yang kian meningkat dalam industri penerbangan komersil global, MAS telah memenuhi obligasinya mencapai objektif korporat yang dikehendakki oleh kerajaan.

"Ketibaan pesawat A380 hari ini membuktikan yang syarikat penerbangan negara itu telah sekali lagi mejadi pendahulu untuk menyokong aspirasi negara menjadi peneraju dalam aktiviti perdagangan dan pelancongan," kata Kong.

Terdahulu, Ahmad Jauhari berkata pesawat A380 itu ialah sebahagian daripada inisiatif pembaharuan semula rangkaian pesawat MAS untuk membawa produk dan pengalaman ke tahap baharu kepada para tetamu syarikat penerbangan itu.

MAS akan menerima lebih banyak Boeing B737-800, Airbus A330-300 dan tiga lagi pesawat A380 lewat tahun ini, tambah beliau.

Sementara itu, bersempena dengan ketibaan A380, Menteri Pengangkutan itu turut merasmikan pembukaan Golden Lounge Malaysia Airlines yang telah dinaik taraf di Bangunan Satelit KLIA, tambah kenyataan itu.

Golden Lounge yang telah dinaik taraf itu mempunya dua kawasan tempat duduk terdiri daripada lounge Platinum untuk ahli Enrich Platinum dan tetamu Kelas Pertama serta satu lagi zon untuk ahli Enrich Gold, tetamu Kelas Perniagaan dan penumpang "front-end" pengguna syarikat penerbangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan