Kuasai Teknologi Agar Seiring Pegawai Tentera Udara Kuasai Dunia - Agong

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah para pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu menguasai teknologi moden supaya setanding pegawai tentera udara negara kuasa dunia.

Seri Paduka bertitah perkembangan teknologi moden juga perlu dikuasai kerana ia selaras dengan Pelan Transformasi Pelaksanaan Generasi Masa Depan yang diperkenalkan TUDM pada tahun 2010.

TUDM kini, titah baginda, berada di landasan kukuh untuk menjadi kuasa udara dominan dan satu-satunya angkatan yang mempelopori teknologi moden serta canggih.

"Kerjaya sebagai pegawai TUDM sarat dengan tugas, tanggungjawab, komitmen dan pengorbanan yang memerlukan semangat membara untuk melaksanakannya," titah baginda pada istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah kepada 34 Pegawai Kadet Kelas 2012 di Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, dekat sini, Sabtu.

Pegawai kadet itu yang mengikuti pengajian selama tiga tahun di KTU adalah pengambilan ke-15 dan terakhir program kerjasama KTU/Universiti Teknologi Malaysia sejak 1998. Mulai tahun depan, pengambilan pegawai TUDM adalah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Yang di-Pertuan Agong bertitah menjadi kewajipan setiap pegawai untuk menentukan TUDM benar-benar berupaya melaksanakan misi mengawasi dan menjaga kedaulatan ruang udara negara daripada diceroboh.

Titah baginda setiap pegawai TUDM juga berkewajipan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang kerana mereka bertanggungjawab mengendali, mengurus dan mengawal aset TUDM yang canggih dan kompleks.

Seri Paduka turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai muda TUDM tersebut kerana berjaya menamatkan pengajian diploma kejuruteraan mekanikal (aeronautik) selama tiga tahun dengan cemerlang.

Kumpulan itu menempa sejarah apabila 21 orang memperoleh anugerah Dekan dan empat orang Diploma kelas pertama.

Kesemua 34 pelatih memperoleh Purata Nilai Gred 3.0 ke atas.

Mereka ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan dijadual mengikuti kursus asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang Satu (Pulatibang 1) di KTU selepas ini.

Kadet Sarjan Mohammad Syaaban Zainal Abidin, 22, yang dilahirkan di Ipoh, Perak meraih anugerah terbaik keseluruhan untuk menerima piala pusingan Sultan Ahmad Shah manakala Pegawai Kadet Siswa Kanan Mohd Hanafi Mahadi, 22 dari Kota Baharu, Kelantan menggondol piala pusingan Panglima Pendidikan Udara bagi kategori terbaik keseluruhan.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud dan para pegawai tentera. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan