Kerjaya Bidang Teknikal & Vokasional Penting - Maznah - Berita Semasa | mStar

Kerjaya Bidang Teknikal & Vokasional Penting - Maznah

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata pemikiran mengenai kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional yang sering menjadi pilihan terakhir oleh graduan perlu diubah.

Beliau berkata menjelang tahun 2020, negara akan menjana 3.3 juta peluang pekerjaan, dengan 40 peratus daripadanya adalah dalam bidang teknikal dan vokasional.

Katanya bidang berkenaan yang sentiasa diberi penambahbaikan oleh kerajaan seiring dengan perkembangan teknologi tidak sepatutnya dianggap kurang penting hanya kerana dilabel sebagai kerjaya tidak terkenal.

"Cabaran kini adalah untuk mengubah corak berfikir rakyat Malaysia yang masih meletakkan bidang kemahiran ini sebagai pilihan terakhir untuk anak-anak mereka.

"Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang berusaha menarik minat graduan untuk menceburi kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional," katanya ketika berucap merasmikan pameran kerjaya "Graduan Aspire 2012" di sini Sabtu.

Pameran dua hari bermula pada Jumaat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu dijangka menarik lebih 15,000 graduan di seluruh negara.

Sebanyak 70 syarikat menyertai pameran itu antaranya Maybank, SapuraKencana Petroleum, Celcom Axiata, DRB Hicom dan Naza World. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan