Gerakan Dakwa Penduduk P.Pinang Tidak Puas Hati Syarat Berkaitan Dokumen Projek Lereng Bukit

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gerakan Pulau Pinang pada Sabtu mendakwa menerima banyak aduan daripada orang ramai tentang syarat dan sekatan yang dikenakan kerajaan negeri untuk meneliti dokumen mengenai pembangunan di lereng bukit.

Ketua Biro Kerajaan Tempatan parti itu Teh Leong Meng berkata, Gerakan Pulau Pinang dimaklumkan kerajaan negeri bahawa antara syarat yang dikenakan bagi tujuan itu ialah orang ramai perlu membuat janji-temu dengan Jabatan Perancang Pembangunan majlis kerajaan tempatan.

Mereka juga diberi 90 minit untuk meneliti dokumen berkenaan, dihadkan kepada kumpulan lima orang dan dikehendaki memberi maklumat peribadi yang lengkap.

Khamis lepas, pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri Chow Kon Yeow berkata orang ramai boleh melihat semua dokumen berkaitan pembangunan di lereng bukit di negeri ini mulai Isnin depan.

Kerajaan negeri juga berkata semua dokumen mengenai projek yang melibatkan tanah melebihi ketinggian 250 kaki mulai 2006 akan diubah status.

Teh berkata langkah mengenakan had masa untuk meneliti dokumen berkenaan adalah tidak wajar kerana ia melibatkan dokumen yang kompleks dan oleh itu akan menawarkan hati orang ramai untuk berbuat demikian.

"Kami menggesa kerajaan negeri, sekiranya ia ikhlas untuk menukar status dokumen berkenaan, supaya tidak mengenakan sebarang syarat dan sekatan. Berilah kebebasan kepada orang ramai untuk meneliti dokumen itu," katanya kepada pemberita di sini.

Teh berkata penukaran status bererti dokumen berkenaan tidak lagi berstatus rahsia atau sulit dan oleh itu, orang ramai berhak melihatnya tanpa sebarang syarat dan sekatan.

Sementara itu, Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh berkata pihaknya telah membuat janji-temu untuk meneliti dokumen berkenaan pada Isnin dan bersedia membelinya.

Beliau mencabar kerajaan negeri supaya menukar status dokumen itu dengan ikhlas sekiranya ia benar-benar berpegang pada CAT (kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan