Denda & Penjara Jika Gagal Pamer Sijil Halal Jakim Mulai Esok

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengusaha premis makanan, yang masih menggunakan dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata mulai tarikh itu, pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

"Memandangkan tempoh amaran akan berakhir Sabtu, maka mulai Ahad ini Jakim tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana premis makanan yang tidak menggunakan logo halal Jakim atau MAIN," katanya.

Othman mengingatkan pengusaha premis makanan bahawa penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti 'ditanggung halal', 'makanan orang Islam', 'buffet Ramadan' dan lambang lain atau objek Islam yang mengelirukan adalah dilarang melalui Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Beliau berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada Jakim sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan logo dan ungkapan halal.

"Jakim juga mengingatkan dan memohon kerjasama pengusaha premis makanan supaya lebih bersedia dan peka dengan perintah berkenaan dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan