Asean Akan Cari Penyelesaian Serantau Tangani Jerebu

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Negara-negara Asean akan segera mencari penyelesaian serantau bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan tahun ini berikutan jangkaan musim kering yang panjang sehingga tiga bulan mulai Julai.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura dan Brunei semasa Sidang Kemuncak Bumi Rio di Brazil untuk membincangkan kemungkinan mengadakan mesyuarat serantau mengenai jerebu lebih awal daripada yang dijadual.

"Ketiga-tiga kami bersetuju untuk mengadakan mesyuarat lebih awal daripada tarikh yang dijadual pada September," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai keadaan jerebu di Miri, Sabtu.

Mesyuarat Asean ke-14 Kumpulan Kerja Teknikal mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan dan Mesyuarat Asean ke-14 Jawatankuasa Pemandu Kementerian Bahagian Serantau mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan dijadual diadakan di Bali Indonesia pada September.

Negara-negara Asean terdiri dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam, Kemboja, Filipina, Laos, Thailand dan Myanmar.

"Kami ingin mengadakannya lebih awal bagi membolehkan kami mengkaji setiap strategi. Masalah akan menjadi lebih serius kerana cuaca dijangka lebih kering pada Ogos dan September," katanya.

Mengenai keadaan jerebu di Miri, Uggah berkata jabatan dan agensi kerajaan berkaitan telah diarah untuk mengkaji semua prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan tindakan pantas boleh diambil jika terdapat laporan pembakaran terbuka terutama yang membabitkan tanah gambut.

"Ada beberapa kelemahan dan sebab itu perlu dikaji semula SOP sedia ada," katanya.

Beliau berkata unit bomba sukarela untuk membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran tanah gambut akan ditubuh di Miri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan