RM49 Juta Naik Taraf Makmal Sekolah Dengan Kelengkapan F1

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Pelajaran membelanjakan sebanyak RM49 juta untuk menaik taraf kemudahan makmal reka cipta di 114 sekolah menengah di seluruh negara dengan kelengkapan perkakasan Formula Satu (F1) yang diimport khas dari United Kingdom sebagai memperkasa kemahiran reka cipta di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pada tahun ini sahaja RM500,000 diperuntukkan bagi keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kecil perkakasan F1 yang telah rosak dan usang.

"Sejumlah RM1.66 juta juga diperuntukkan bagi membiayai kos pembelian bahan habis guna F1 di sekolah-sekolah pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kem 'F1 in Schools' peringkat kebangsaan di sini, Jumaat.

Beliau berkata bahan habis guna akan diagihkan ke sekolah tersebut sebelum pertandingan 'F1 in Schools' peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada Oktober depan.

Katanya pertandingan itu mencatatkan peningkatan penyertaan daripada 54 pasukan pada 2011 kepada 147 pasukan, termasuk satu penyertaan daripada Permata Pintar pada tahun ini.

Mohd Puad berkata program F1 yang dimulakan secara rintis pada 2005 di 14 sekolah menengah kawasan Lembah Klang itu banyak membantu dalam memberi kemahiran reka cipta, berkomunikasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada pelajar sekolah.

Beliau berkata peserta yang pernah mewakili negara dalam kejohanan F1 peringkat antarabangsa juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka seperti Massachusets Institute of Technology, Amerika Syarikat dan Imperial College London, England dalam bidang kejuruteraan sains dan teknologi.

Dalam perkembangan lain, Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang khatib jemputan yang juga guru sebuah sekolah rendah yang menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan ketika membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Majlis Agama Islam Pulau Pinang akan melihat sama ada dia (khatib) mempunyai tauliah atau tidak (untuk membaca khutbah)," katanya.

Katanya pihaknya akan mengambil tindakan termasuk memecat guru berkenaan sekiranya didapati bersalah atas tuduhan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan