DBKL Terima 5,581 Permohonan Lesen Bazar Ramadan Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima 5,581 permohonan lesen untuk tapak jualan bagi Bazar Ramadan tahun ini.

Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa berkata, pendaftaran permohonan lesen Bazar Ramadan dijalankan selama tiga hari bermula 15 Mei lepas di Stadium Titiwangsa di sini.

"Mereka yang memenuhi syarat-syarat permohonan akan didaftarkan dalam sistem bagi memohon kawasan undi dan kawasan tidak undi menggunakan MyKad," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Pada 2011, DBKL menerima 4,541 permohonan yang merangkumi 3,548 untuk jualan barangan kering, 292 (makanan kering), 321 (makanan bermasak) dan 53 (jualan bunga) melibatkan 8,549 petak serta 120 lokasi.

Pada tahun ini, tempoh penjajaan bermula pada 21 Julai hingga 18 Ogos iaitu selama 29 hari dan beroperasi dari 11 pagi hingga 11 malam bagi barang kering manakala 2 petang hingga 8 malam untuk makanan bermasak.

Ismail berkata, pembukaan bazar itu bertujuan memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sempena menyambut hari perayaan serta membantu membiayai aktiviti mengumpul dana persatuan-persatuan.

Pelaksanaan Bazar Ramadan terbahagi kepada tiga kategori iaitu kawasan undi melibatkan Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), tapak Wakaf Pemuzik Buta dan lima lokasi lain, kawasan tidak undi melibatkan empat kawasan Parlimen serta enam lokasi, kawasan tidak undi anjuran persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta di sekitar Kuala Lumpur.

Kadar lesen dan caj perkhidmatan bagi tahun ini terbahagi kepada empat kategori mengikut lokasi iaitu kawasan undi (RM156-RM672 satu petak), kawasan lain (RM142-RM185 satu petak) dan kawasan yang diuruskan oleh persatuan di sekitar Kuala Lumpur (RM163-RM282 satu petak). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan