WWW1: Nizar Fail Notis Tuntut TV3, Utusan Malaysia Mohon Maaf

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Rabu menfailkan notis tuntutan permohonan maaf terhadap stesen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsurkan fitnah.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, ia berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

"Twitter saya tidak ditujukan kepada siapa-siapa tetapi secara umum.

"Tetapi TV3 dan Utusan Malaysia seolah-olah melaporkan tweet itu ditujukan kepada Sultan Johor," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Menerusi tuntutan selama tujuh hari yang difailkan pada Rabu (27 Jun) melalui Tetuan Awi & Co yang mahu kedua-dua media itu menyiarkan permohonan maaf secara terbuka.

Mohammad Nizar berkata, sekiranya kedua-dua media milik Umno itu gagal menjawab tuntutan berkenaan dalam tempoh tujuh hari, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

Tuntutan berkenaan dibuat ekoran penyiaran berita di TV3 menerusi Buletin Utama bertarikh 30 Mei 2012 yang bertajuk "Pasukan khas siasat dakwaan Nizar" dan artikel di Utusan Malaysia bertajuk "Pasukan khas siasat kenyataan Nizar" yang disiarkan pada 31 Mei 2012.

Dalam pada itu, Mohammad Nizar turut memberitahu bahawa beliau membuat dua laporan polis mengenai penyiaran berita oleh TV3 dan Utusan Malaysia di Balai Polis Dang Wangi pada Rabu, kira-kira 11.30 pagi.

Mohamad Nizar sebelum ini dilaporkan mengenai kenyataannya menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang dimenangi Sultan Johor dengan kos RM520,000.

Polis Johor menerima 39 laporan polis mengenai kenyataan Mohammad Nizar.

Kes itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan