Scorpene:Tidak Perlu Tubuh Jawatankuasa Siasatan - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mengulangi bahawa tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa siasatan pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia kerana pembeliannya telah mengikut peraturan dan tatacara pembelian yang ditetap Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, katanya terpulang kepada mana-mana pihak lain khususnya pembangkang, jika mahu menubuhkan jawatankuasa siasatan sendiri asalkan bukan di bawah Parlimen.

Semalam Ahmad Zahid ketika menggulung ucapan penangguhan oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat, berkata tidak ada keperluan menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat pembelian kapal selam baru Scorpene kerana pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Sebelum itu, Anggota Parlimen Lembah Pantai berkenaan mengemukakan beberapa cadangan termasuk penubuhan suruhanjaya bebas bagi menyiasat isu pembelian perolehan pertahanan negara tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata tatacara perolehan itu melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian teliti dibuat bagi memastikan perolehan menepati keperluan ATM. Zahid sebelum itu menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM ke-22 di Kementerian Pertahanan di sini, yang turut dihadiri Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Tan Sri Rodzali Daud dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Kewujudan anugerah itu adalah untuk mengiktiraf anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam bidang akademik di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar menjadi satu galakan atau insentif kepada anak-anak anggota ATM.

"Pada tahun ini, bilangan pelajar yang cemerlang telah meningkat lagi sebanyak 19.8 peratus dengan 304 pelajar cemerlang dalam SPM dan 651 pelajar cemerlang dalam PMR menjadikan kesemuanya seramai 955 pelajar cemerlang berbanding 797 pelajar cemerlang tahun lepas," kata Zahid dalam ucapannya.

Beliau dalam pada itu menyatakan penghargaan kepada LTAT dan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang sentiasa membantu dan menghulurkan bantuan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak ATM dari sekolah rendah hingga ke universiti.

"Saya mengharapkan agar LTAT akan terus memberikan sumbangan untuk meningkatkan pencapaian anak-anak warga ATM dalam bidang akademik," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan