Perlu Beberapa Mesyuarat Bagi Muktamad Senarai Calon MCA

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau memerlukan dua atau tiga mesyuarat lagi bersama Perdana Menteri mengenai senarai calon parti untuk pilihan raya umum sebelum ia boleh dimuktamadkan.

Beliau berkata, perbincangan terakhir dengan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pada dua minggu lalu.

Menurut Dr Chua, kriteria utama untuk pemilihan itu adalah individu tersebut perlu menjadi calon yang boleh menang.

“Calon-calon mesti diterima oleh rakyat. Mereka bukan di kalangan pihak presiden atau pemimpin bahagian parti.

“Tiada ada ruang untuk berpuak-puak atau konflik dalaman kerana kita semua perlu fokus untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Dr Chua yang merupakan Pengerusi MCA negeri Perak pada pembukaan mesyuarat tahunan bersama 10 bahagian MCA di Perak, di sini Rabu.

Dalam mengingatkan anggota parti bahawa pilihan raya ini adalah perjuangan habisan-habisan, Dr Chua memberi amaran bahawa sebarang tindakan memsabotaj calon daripada MCA atau mana-mana komponen parti Barisan Nasional akan memburukkan keadaan.

“Sasaran kita yang paling penting adalah memastikan Barisan Nasional memerintah kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan,” tegas beliau.

Dr Chua berkata, perjuangan kali ini amat berbeza dengan sebelum-sebelum ini kerana peningkatan jangkaan pengundi dan ‘peperangan’ antara parti politik secara siber.

“Pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah dan pengundi pertama kali meliputi antara 35 peratus dan 40 peratus jumlah keseluruhan pengundi kali ini.

“Media baru juga telah meningkatkan pengaruh berbanding media saluran perdana,” kata beliau sambil menambah bahawa pembangkang dikatakan bijak menggunakan media baru untuk mempengaruhi rakyat.

Dr Chua berkata, MCA telah meningkatkkan penggunaan media baru bagi mendekati rakyat tetapi beliau merasakan peningkatan usaha diperlukan untuk mengatasi pembangkang secara berkesan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan