Kerajaan Disaran Perkenal Sistem Demerit Terhadap Pemandu Singapura - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Disaran Perkenal Sistem Demerit Terhadap Pemandu Singapura

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memperkenalkan sistem pemberian mata demerit terhadap pemandu-pemandu Singapura yang melakukan kesalahan jalan raya di negara ini. Langkah ini untuk memastikan pemandu berkenaan sentiasa menghormati peraturan jalan raya dan undang-undang Malaysia.

Ketika membangkitkan perkara itu pada sidang Dewan Rakyat pada Khamis, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Barisan Nasional-Kota Belud) berkata kebanyakan pemandu Singapura dilihat begitu menghormati undang-undang ketika berada di negara sendiri, tetapi lain kisahnya apabila berada di Malaysia.

"Mereka masuk ke negara kita dengan kereta berkuasa tinggi yang tidak boleh dipandu laju di Singapura, tetapi di Malaysia mereka pecut dengan tidak menghormati peraturan jalan raya di negara kita.

"Dia beri 'high beam' walaupun kita bawa 110-120 km/j, dia suruh kita ke tepi sebab dia nak pecut kereta 160km/j," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012. Abdul Rahman turut mempersoalkan sikap agensi penguatkuasa tempatan yang disifatkannya sering 'berlembut' dengan pemandu-pemandu dari negara jiran itu.

Dalam pada itu, peruntukan baru berkaitan 'belok kiri dibenarkan' yang terkandung dalam cadangan pindaan akta itu mencetuskan perang mulut antara kedua belah pihak (kerajaan dan pembangkang), ekoran dakwaan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bahawa peruntukanitu mengelirukan dan menyusahkan rakyat.

Salleh Kalbi (BN-Silam), ketika bangkit mematahkan hujah Mahfuz, berkata pengguna jalan raya pastinya bijak untuk menilai keselamatan mereka dan tahu bila masanya untuk membelok ke kiri berdasarkan keadaan lalu lintas.

"Kita ini manusia, pengguna jalan raya bukannya seperti gajah...kita pastinya akan lebih bijak untuk menilai bila boleh membelok ke kiri dan bila tidak," katanya. Peruntukan mengenai 'belok kiri dibenarkan' dicadang dimasukkan sebagai seksyen baru 76A dalam akta itu bagi membenarkan pemandu kenderaan bermotor membelok ke kiri di simpang lalu lintas, termasuk ketika lampu isyarat merah, selepas memastikan adalah selamat untuk berbuat demikian.

Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) turut menolak kenyataan Mahfuz yang hanya disifatkan membuat tafsiran berdasarkan andaian semata-mata. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan