Kementerian Pelajaran Siasat Dakwaan Guru Baca Khutbah Benci Kerajaan - Berita Semasa | mStar

Kementerian Pelajaran Siasat Dakwaan Guru Baca Khutbah Benci Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang menyiasat dakwaan bahawa khatib jemputan yang menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan ketika membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid di Pulau Pinang baru-baru ini ialah guru sebuah sekolah rendah.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata jika benar guru sebuah sekolah rendah di Penaga Pulau Pinang itu melakukan perbuatan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya. "Kementerian ada maklumat tentang isu ini...malah sudah mengarahkan siasatan terperinci diadakan. Jika benar, perbuatan itu bertentangan dengan etika kerja lelaki itu sebagai seorang guru. "Jika benar kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap guru itu yang boleh membawa kepada penggantungan gaji, kerja atau dipecat," kata Mohd Puad kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Guru itu dikatakan berdoa supaya rakyat menolak pemimpin dan kerajaan yang ada ketika menyampaikan khutbah di Masjid Jamek Taman Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang Jumaat lepas.

Difahamkan tindakan itu dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan arahan pertukaran ke sebuah sekolah di Selangor yang diterimanya dua hari sebelum itu.

Mohd Puad berkata kementerian tidak menghalang guru untuk berpolitik asalkan mereka mendapat kebenaran terlebih dahulu, namun ia harus dibuat secara berhemah tanpa menjejaskan kedudukan pekerjaan masing-masing. "Janganlah gunakan masjid untuk menimbulkan suasana yang kurang senang kerana ia boleh memecah belahkan umat Islam. Bagi saya, dakwaan ini cukup serius dan perlu disiasat dengan teliti," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan