Kelayakan Pencen Ilat Dilanjut Sebelum Capai 60 Tahun - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diserang penyakit atau mengalami kecacatan selepas umur 55 tahun berpeluang menerima pencen ilat, selaras dengan penguatkuasaan had umur persaraan minimum sektor swasta kepada 60 tahun bermula tahun depan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perkara itu diputuskan Perkeso yang turut menyatakan mampu menanggung pembayaran pencen tersebut.

"Ia tidak akan melibatkan kenaikan jumlah caruman," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 pada peringkat dasar di Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Dr Subramaniam berkata pencen ilat hanya diberi apabila seseorang pencarum mengalami keuzuran yang serius atau kecacatan yang tidak mungkin sembuh sehingga tidak mampu mencari nafkah.

Pada masa ini pencen ilat hanya layak dituntut oleh pencarum yang belum mencapai umur 55 tahun.

Bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Dr Subramaniam berkata sistem pengeluaran wang simpanan masih kekal seperti yang diamal sekarang.

"Bagaimanapun, caruman KWSP oleh kedua-dua pekerja dan majikan akan dilanjutkan, itu tiada pilihan. Kita dah maklumkan kepada KWSP," katanya.

Terdahulu semasa perbahasan, beberapa anggota Parlimen seperti P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin)membangkitkan isu kebajikan pekerja termasuk aspek kewangan dan kesihatan bagi memastikan pekerja tidak terbeban dengan penguatkuasaan had umur persaraan minimum.

Datuk Ismail Haron (BN-Tangga Batu) pula melahirkan rasa bimbang lanjutan umur persaraan itu akan menjejaskan peluang generasi muda untuk naik pangkat dan memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi.

"Kita takut akan berlaku lambakan orang muda yang ingin menyertai organisasi. Saya bimbang tiada kesinambungan bila jawatan tertinggi dan kanan itu sinonim dengan pekerja senior," katanya.

Tidak menolak perkara sedemikian boleh berlaku, Dr Subramaniam dalam penggulungannya berkata generasi muda boleh mengisi lebih 300,000 peluang pekerjaan baru yang terhasil daripada Program Transformasi Ekonomi negara.

Rang Undang-undang itu kemudian diluluskan.

Persidangan Dewan disambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan