Isu Pertindihan Kerusi: Pembangkang Masih Dalam Proses Rundingan - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pakatan pembangkang masih lagi dalam proses rundingan di peringkat kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti bagi menyelesaikan isu pertindihan kerusi di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar kerusi terbabit dengan alasan ia akan mengganggu proses rundingan antara ketiga-tiga parti.

Katanya, proses rundingan akan selesai dalam seminggu dua lagi dan yakin masalah pertindihan itu dapat diatasi dengan baik berikutan pemuafakatan yang terjalin antara PKR, PAS dan DAP.

"Cukup saya katakan kerjasama dari PAS dan DAP cukup baik dan akrab yang akan memudahkan lagi proses rundingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pengagihan bahan kempen pilihan raya umum ke-13 di sini, Khamis.

Diminta mengulas berhubung keengganan PAS menyerahkan lebih banyak kerusi kepada PKR Terengganu pada pilihan raya umum kali ini, Azmin menegaskan itu hanya pandangan dari peringkat akar umbi yang perlu dihormati.

PKR Terengganu sebelum ini menyuarakan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen namun ditentang oleh PAS Terengganu.

"Kita perlu hormati pandangan akar umbi sama ada dari PKR ataupun PAS, namun seperti yang saya nyatakan tadi, keputusan muktamad tetap akan diputuskan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti," katanya.

Ditanya mengenai desas desus hubungan dingin beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau berkata, isu itu sengaja diperbesar-besarkan oleh media arus perdana. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan