FGV Muncul Hebat, Rahmat Bagi Peneroka

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd mengakhiri dagangan pada paras kukuh dengan harga RM5.30 sesaham, Khamis, selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39, apabila ia mencatatkan premium sebanyak 84 sen berbanding harga tawarannya, RM4.55.

Peniaga-peniaga berkata penutupan dagangan FGV pada RM5.30, dengan premium 75 sen dan 2.615 juta lot bertukar tangan, adalah di luar jangkaan.

Mereka berkata, ini merupakan ganjaran yang berpadanan bagi 112,635 peneroka yang telah mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kerana mereka kini memiliki saham-saham dalam satu daripada syarikat perladangan terbesar di dunia dengan prospek yang cerah memandangkan permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit.

Meskipun sentimen di bursa-bursa global muram sahaja, namun pengusaha kelapa sawit ketiga terbesar di dunia ini menjadi tumpuan hari ini dan merupakan kaunter paling cergas, sekali gus mencerminkan pasaran saham tempatan yang berdaya tahan.

Saham-saham FGV berlegar di antara paras tertinggi RM5.46 (meningkat 20 peratus atau mencatatkan premium 91 sen berbanding harga tawaran RM4.550), dan paras terendah RM5.24.

Penyenaraian IPO kedua terbesar di dunia itu selepas pengapungan Facebook Inc mengumpul US$16 bilion, menarik perhatian dunia dan menandakan satu pencapaian penting bagi negara, terutamanya bagi peneroka Felda, yang akan menerima durian runtuh melalui penyenaraian ini.

Kemunculan sulung yang hebat ini mengatasi beberapa IPO global yang ditangguhkan atau dibatalkan, termasuk IPO Formula One di Singapura, yang ditangguhkn, dan IPO US$1 bilion syarikat barang kemas mewah London, Graff Diamonds yang dibatalkan.

IPO Felda menarik 58,526 permohonan bagi 565.40 juta saham daripada orang ramai, dan ini merupakan lebihan langganan sebanyak 6.75 kali.

Ia menawarkan 72.96 juta saham bagi langganan orang ramai.

Sebanyak 49 peratus kepentingan FGV adalah milik Felda Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia, dan syarikat penapisan minyak sawit kedua terbesar di Malaysia.

Pada masa ini ia mengusahakan kira-kira 350,000 hektar ladang kepala sawit di Malaysia dan menghasilkan 5.2 juta tan metrik tandan buah segar tahun lepas. Berikutan penyenaraian yang mengagumkan itu, FGV akan menceburi perniagaan hiliran secara berpilih, termasuk lemak khusus dan oleokimia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan