Dewan Rakyat Ditangguhkan Selepas 12 Hari Bersidang

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-12 yang bersidang sejak 11 Jun lepas ditangguhkan pada Khamis ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sepanjang persidangan selama 12 hari itu, Dewan Rakyat meluluskan tujuh rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Pelindung (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 danRang Undang-Undang Francais (Pindaan) 2012.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada persidangan kali ini, dibawa ke persidangan akan datang.

Dewan Rakyat turut meluluskan usul penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Projek Lynas Advance Material Plant (LAMP) yang mengandungi 31 syor berhubung projek nadir bumi itu.

Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 24 September depan dan akan bermesyuarat selama 34 hari, sekiranya Parlimen tidak dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan