Bincang Semula Cadangan SPRM Diberi Kuasa Pendakwaan

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan kuasa pendakwaan supaya diletakkan di bawah kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibincangkan semula dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).

Pengerusi JKMR, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pihaknya sebelum ini telah mencadangkan mengenai perkara itu tetapi ditolak oleh kerajaan.

"Kita sudah mencadangkannya sebanyak dua kali tetapi tidak berjaya.

"Kita akan tengok sekali lagi selepas melihat laporan tahunan SPRM (2011) agar ia (cadangan) dipertimbangkan (semula)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menerima Laporan Tahunan SPRM 2011 daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohammed.

Mohd Radzi berkata, JKMR akan meneliti dan menilai Laporan Tahunan SPRM termasuk ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

"JKMR kemudiannya akan bermesyuarat dan menyiapkan laporan lengkap mengenainya dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, yang akan dibentang dalam sidang Parlimen akan datang," kata beliau.

Ketika ditanya apakah punca cadangan tersebut ditolak, Mohd Radzi berkata, ia kemungkinan disebabkan oleh negara-negara lain tidak berbuat demikian tetapi masih menjalankan tugas yang berkesan untuk mengurangkan gejala rasuah.

Mohd Radzi sebelum ini berkata, jawatankuasa itu yakin dengan adanya kuasa tersebut, SPRM akan lebih berkesan dalam menjalankan tugasnya membanteras kegiatan rasuah di negara ini.

Kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada SPRM memulakan pendakwaan kes rasuah secara penuh tanpa merujuk Peguam Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Jun lalu berkata, sekiranya SPRM diberi kuasa untuk membuat keputusan mendakwa, maka tidak wujud unsur pemikiran yang bebas dalam mempertimbangkan fakta dan keterangan sesuatu kes secara objektif.

JKMR ditubuhkan di bawah Akta SPRM yang bertujuan untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM dalam menangani masalah rasuah di negara ini.

Seramai tujuh anggota dalam JKMR yang terdiri daripada Mohd Radzi selaku pengerusi, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Salahuddin Ayub (PAS- Kubang Kerian), Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran), Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) dan Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan