Warga Sekolah Bertempiaran, Bumbung Bangunan Sekolah Diterbangkan Ribut

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR BAHARU: Kira-kira 200 warga Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Tajuddin di sini, lari bertempiaran apabila bumbung bangunan dua tingkat sekolah diterbangkan ribut dalam satu kejadian pada Rabu.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pelajar tingkatan enam, guru serta warga pentadbiran sekolah tersebut terpaksa berlari keluar dari bangunan berkenaan selepas bumbung tercabut.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu Johari Said berkata kejadian ribut selama 20 minit tersebut turut menyebabkan bumbung bangunan asrama sekolah rosak akibat ditimpa dua batang pokok.

Kejadian turut menyebabkan beberapa batang pokok hiasan yang ditanam di kawasan sekolah tumbang, katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, 10 buah rumah di Kampung Permatang Pasir, Kampung Keda dan Kampung Banggul Mat Rashid di sini turut mengalami kerosakan dengan tiga daripadanya rosak teruk selepas bumbung diterbangkan angin kuat berkenaan.

Seorang mangsa Halijah Mentor, 59, berkata ketika kejadian, beliau sedang memasak apabila bumbung di bahagian dapur dan ruang tamu rumahnya diterbangkan angin.

Turut berada di rumah ketika itu ialah suaminya Ismail Abdul Latiff, 67, anak mereka Siti Fatimah, 21 dan seorang cucu lelaki berusia 10 tahun, katanya.

Seorang lagi manga, Hindun Darus, 74, berkata ketika kejadian beliau sedang berehat di bahagian dapur rumah sementara menantunya Zailawati Abu Hasan, 30, sedang memasak dan anaknya lelakinya Nasruh Johan, 33, sedang berehat.

"Tiba-tiba anak saya mengejutkan saya memberitahu bahawa bumbung rumah di beranda rumah telah diterbangkan ribut," katanya yang menetap di rumah itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Sementara itu, wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu Helmy Abdul Khan ketika melawat penduduk terbabit meminta mereka bersabar menunggu bantuan. rumah-rumah mangsa yang terlibat dalam bencana alam itu dan memaklumkan kepada

"...perkara ini akan kita cuba selesaikan dalam tempoh terdekat," kata Helmy kepada Bernama.

Tinjauan Bernama mendapati tiga petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu telah melawat rumah yang terlibat bagi mentaksir kerosakan dan jumlah kerugian. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan