Tun M Terima Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia dipilih sebagai negara kehormat oleh JEC Asia 2012, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menerima penghormatan Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat dari JEC.

Industri komposit Malaysia turut diberi pengiktirafan.

Dr Mahathir yang berkecimpung di dalam arena politik Malaysia lebih 40 tahun, menerima anugerah itu pada majlis perasmian acara tiga hari itu yang bermulai di sini, Selasa di Pusat Konvensyen Suntec.

Semasa tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Malaysia mengalami permodenan yang pantas dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Beliau telah memulakan banyak projek mega yang melonjakkan Malaysia di atas peta dunia.

Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat itu adalah bagi pengiktirafan usaha Dr Mahathir yang tidak pernah mengenal penat lelah sepanjang kerjaya politiknya.

Beliau bertanggung jawab mempromosikan produk, teknologi, penyelidikan dan kemahiran profesional di dalam industri komposit Malaysia.

JEC Asia 2012 turut menganugerah Kecemerlangan Perniagaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) Datuk Rosdi Mahmud, dan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Highpolymer Chemical Products Pte Ltd Tsai Chao Fang.

JEC Asia 2012 adalah satu pemeran antarabangsa berasaskan pertumbuhan kukuh pasaran komposit MEA Asia Pasifik.

Ia merupakan satu-satunya acara di Asia yang menghimpunkan kesemua pemain industri komposit global di rantau ini.

Acara itu disokong oleh persatuan komposit profesional utama dari Australia, China, India, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan