Tak Perlu Kaji Semula Pengharaman Buku Anti Hadis - Mufti Perlis

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa orang mufti dan aktivis Islam menolak desakan supaya pengharaman buku "Hadis: Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad yang dikaitkan dengan anti-hadis, ditarik balik.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata usaha Kassim supaya kerajaan menarik balik pengharaman itu adalah sia-sia. "Para ulama hampir seluruhnya menolak pandangan ganjil beliau. Debat dan jawapan kepada pandangan pelik beliau telah lama direkod dan sudah menjadi bahan sejarah. "Jadi kita tidak perlu membuang masa melayan perkara yang sia-sia seperti ini dan beliau sepatutnya mengkaji semula pandangannya itu," katanya kepada Bernama dalam satu SMS di sini, Rabu.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Kassim Ahmad menuntut kerajaan menarik semula pengharaman itu dan beliau mendakwa sudah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkenaan perkara itu tiga bulan lepas. Kerajaan pada 10 Julai 1986 mengharamkan buku itu manakala Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat buku itu mengandungi fahaman bertentangan dengan akidah.

Antara kandungan buku itu ialah penyelewengan dari sudut akidah iaitu menolak hadis secara total sebagai sumber akidah dan perundangan Islam, menolak dua kalimah syahadah, menolak Qada' dan Qadar (satu daripada Rukun Iman), dan memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran.

Percanggahan dari sudut syariah pula ialah menolak pensyariatan sembahyang, menolak ketetapan hukum Fiqh Islam mengenai aurat wanita manakala percanggahan dari sudut akhlak ialah menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah dan mencerca dan memfitnah para ulama.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata buku itu tidak perlu kajian semula. "Nak kaji buat apa. Tidak perlu lagi. Semua tindakan sudah diambil. Dan hanya dia seorang yang mempertikaikan tindakan ke atas buku yang diharamkan itu," katanya kepada Bernama.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Nakhaie Ahmad menasihatkan mereka yang mahukan pembaharuan dalam Islam agar terlebih dulu mendalami Islam, al-Quran dan hadis.

"Faham betul Islam itu dan jangan buat perkara-perkara yang mengarut. Jangan buat kajian mengikut kehendak dan fahaman kita sahaja. Faham tradisi ilmu, pengajian, intelektual Islam dan kemudian menguasainya," katanya.

Beliau berkata pembaharuan adalah baik tetapi sekiranya membawa idea yang cetek ia akan hanya menghabiskan masa orang lain untuk membincangkannya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan