Status Bekalan Air Lembah Klang Diumum Setiap Minggu

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan mengumumkan status bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya setiap Jumaat, kata Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som.

Syabas melakukan demikian menerusi media massa selepas menerima aduan dari orang ramai mengenai gangguan bekalan air yang kerap kali berlaku di sekitar Lembah Klang sejak 17 Mei lepas.

"Kawasan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Klang yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah bukan disebabkan oleh cuaca panas tetapi permintaan air yang semakin meningkat dari pengguna sejak akhir-akhir ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Eco Challenge Kelab Briged Penyelamat Sungai anjuran Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd di Nur Laman Bestari Eco-Resort di Hulu Yam dekat sini, Rabu.

Turut hadir Pengarah Urusan Puncak Niaga Sdn Bhd Datuk Syed Danial Syed Ariffin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Nor' Aini Abdul Wahab.

Abdul Halem menafikan bahawa gangguan bekalan air itu adalah disebabkan oleh penyusutan paras air di kolam simpanan utama ekoran cuaca panas dan kering.

Faktor utama menyumbang masalah itu adalah permintaan air dalam beberapa minggu ini mencecah kadar maksimum pengeluaran dan menjangkaui kapasiti pengeluaran loji.

Dalam pada itu, Syed Danial menasihati orang ramai mengguna air secara berhemah dan menyimpan bekalan air yang mencukupi sebagai persediaan awal sekiranya berlaku gangguan bekalan.

Mengenai program Eco Challenge, beliau berkata ia adalah program kesedaran menjaga sungai dan alam sekitar membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah.

"Program hari ini membabitkan sejumlah 150 pelajar sekolah menengah dan rendah dari empat buah sekolah iaitu Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baharu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baharu, SMK Darul Ehsan dan Sekolah Kebangsaan Gombak Utara," katanya.

Sehingga kini, seramai 4,630 pelajar dari 218 buah sekolah rendah dan menengah dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, menyertai program itu, katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha KeTTHA, Nor' Aini Abdul Wahab berkata orang ramai perlu bekerjasama dalam memelihara sungai-sungai agar ia tidak tercemar dan kotor kerana ia merupakan sumber air utama negara. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan