Speaker Tegur Ahli Parlimen Suka Berpolitik Dalam Dewan

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap segelintir Ahli Parlimen yang suka berpolitik semasa berhujah pada persidangan Dewan Rakyat ditegur Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyifatkan perbuatan itu hanya membuang masa dewan.

Katanya, Ahli Parlimen seharusnya menggunakan peluang yang diberi untuk berhujah perkara yang sepatutnya terutama pada sesi soal jawab dan meninggalkan politik di luar Dewan.

"Berucap panjang kalau tak ada isi serupa dengan ucapan pendek tapi padat. Timbanglah sikit pada pegawai Parlimen yang sampai jam 12 pagi (tengah malam menunggu urusan dewan selesai) duduk di sini. Kalau saya hadkan masa (berhujah) semua melenting, tidak cukup masa... tapi bila bagi peluang hujah semua politik.

"Sudahlah...(jangan) politik itu dalam dewan, biarlah politik di luar sana. Tak tidur pun tak apa," katanya.

Terdahulu, Pandikar Amin menegur M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bangun untuk bertanya soalan tambahan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semasa sesi soal jawab menuduh kononnya kementerian itu banyak mengadakan program yang melibatkan anggota Umno semata-mata.

Tuduhan bertubi-tubi Kulasegaran yang turut mengaitkan peribadi menteri serta beberapa Ahli Parlimen lain mengundang kemarahan Pandikar Amin dan mengarahkannya supaya duduk.

"Saya cukup sabar pada sidang kali ini. Sesiapa pun yang saya panggil untuk bertanya tapi kalau buat macam Ipoh Barat, lain kali kalau saya tidak panggil lagi jangan salahkan saya...kerana setiap soalan yang saya dengar dari Yang Berhormat (Kulasegaran) mesti ada konotasi politik. Boleh tak itu hilangkan dahulu?" tegasnya.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang bangun untuk mengingatkan Pandikar agar tidak memberi peluang lagi kepada Kulasegaran turut menerima menerima teguran apabila Speaker secara sinis berkata: "Pasir Mas, saya tidak jemput Pasir Mas (untuk bangun berucap)." BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan