SOP Kementerian Kewangan Lemah - PAC

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan ketara berhubung prosedur operasi standard (SOP) dalam urusan pemberian kontrak kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) bagi mengendalikan Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pemberian arahan yang tidak mantap daripada Kementerian Kewangan termasuk kaedah kawalan pengurusan dalaman yang lemah.

"Kita dapati banyak kelemahan yang wujud dalam SOP terutamanya dalam memberi arahan yang tidak mantap serta kawalan dalaman daripada Kementerian Kewangan.

"Agensi-agensi dan pegawai yang mewakili kementerian dalam NFCorp tidak begitu mahir menjalankan tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah.

"Kemungkinan pegawai-pegawai itu tahu tanggungjawab, tapi tindakan-tindakan untuk pastikan sesuatu urusan berjalan dengan sepatutnya tidak dibuat dan ini didapati kerana arahan daripada atasan tidak mantap," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas mengatakan pertemuan dengan wakil Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu Azmi berkata PAC dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan mengeluarkan SOP baru untuk dipatuhui oleh pegawainya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat atau projek.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, PAC memberi tumpuan mengenai pelbagai isu berhubung SOP termasuk proses perjanjian, rundingan serta pengeluaran dana bagi pembinaan projek ladang lembu itu.

"Kita kaji SOP kementerian-kementerian ini mengenai cara perjanjian dirunding dan dimuktamadkan, cara pengeluaran wang dibuat, pengawalseliaan laporan kemajuan, mengenai tugas seseorang pengarah sesebuah syarikat termasuk kemahiran membaca akaun," katanya pada sidang media yang sama.

Azmi turut menyatakan PAC akan mendapatkan penjelasan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung skandal PFN.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan