Pemimpin Islam Perlu Main Peranan Jamin Kesejahteraan Negara

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pemimpin umat Islam perlu memainkan peranan dalam menjaga kepentingan dan faedah rakyat untuk menjamin kesejahteraan negara.

Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Dr Azizan Baharuddin berkata kesepakatan umat Islam amat penting bagi menghadapi cabaran semasa yang memerlukan penyelesaian secara menyeluruh.

"Pemahaman terhadap kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama negara dan Persekutuan Malaysia juga perlu dimurnikan bagi memartabatkan perlembagaan itu sendiri", katanya ketika membuat ucapan penutup di Seminar Dilema Politik Umat Islam Di Malaysia: Memahami Realiti dan Cabaran Semasa, di sini, Rabu.

Azizan berkata Islam bukanlah sebuah ideologi politik tetapi politik itu sendiri merupakan sebahagian daripada urusan agama Islam.

"Islam sebagai Ad-Din tidak menolak elemen demokrasi selagi mampu memelihara maslahah (kepentingan) agama, rakyat dan negara," katanya. Azizan berkata persefahaman yang dibina sesama umat akan menjadi satu landasan kepada pengukuhan umat Islam itu sendiri dan seterusnya kepada kekuatan bangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata hasil daripada seminar yang dijalankan itu dapat menyedarkan orang ramai bahawa tidak semudah untuk mengatakan sesuatu perkara itu betul atau salah.

"Seminar ini berjaya mengingatkan orang berkenaan dengan politik Islam yang sebenar," katanya.

Seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi IKIM Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan