Peguam Pertahan Diri Pukul Pelanggan

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu klip video yang memaparkan pembeli rumah ditolak dan ditendang oleh seorang peguam tersebar luas di internet sejak beberapa hari lalu.

Namun penyerang itu dikatakan berbuat demikian selepas diprovok.

Peguam Tan Hui Chuan, yang merupakan seorang ahli majlis perbandaran Selayang berkata pembeli rumah tersebut mengucapkan perkataan yang menyakitkan hati dan tidak sopan kepadanya.

"Saya hanya mahu dia menjauhkan diri kerana dia memprovok saya, jadi saya menolaknya. Tetapi saya tidak tumbuk, mencalarkan atau menamparnya.

"Ya saya menendang dia. Tetapi saya tidak menyepak untuk mencederakannya. Ia adalah sepakan secara lembut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Klip video sembilan minit itu menunjukkan dua lelaki sedang berbalah di hadapan tiga yang lain di dalam rumah kosong.

Pada satu ketika, seorang lelaki yang kelihatan marah menolak dan menendang lelaki berkenaan.

Rakaman tersebut dirakamkan oleh seorang wanita yang datang bersama pembeli rumah itu kemudiannya dimuat naik di YouTube pada 21 Jun iaitu dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.

Pembeli rumah mendakwa dia berasa sedih apabila peguam memaksanya menandatangani beberapa dokumen tanpa memberi masa kepadanya untuk berfikir terlebih dahulu.

Bagaimanapun peguam itu mendakwa beliau hanya mahu anak guamnya menandatangani akuan penerimaan daripada beberapa dokumen yang telah dikemukakan kepada bank.

"Ia bukan satu perjanjian ataupun kontrak kerana semua urus niaga telah siap seminggu lebih awal. Pelanggan telah mengambil pemilikan harta itu," katanya.

Dalam pada itu menurut Tan lagi anak guamnya pergi ke firmanya beberapa hari kemudian dan menandatangani akuan penerimaan tersebut.

"Video itu kemudiannya disiarkan selepas itu," katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana tindakan itu mencemarkan reputasinya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan