MP Indera Mahkota Mengaku Pernah Ditawar Lompat Parti

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail membuat dakwaan pada Rabu bahawa beliau pernah ditawar untuk melompat parti yang turut membabitkan beberapa ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, sesi rundingan itu berlaku di sebuah hotel bertaraf lima bintang di sini pada 27 Januari 2010.

"Ahli-ahli Parlimen yang dianggap berkualiti diberi tawaran supaya melompat parti.

"Orang yang dijumpai itu mewakili seorang tokoh yang dihormati, berkedudukan tinggi serta pernah berkhidmat dalam kerajaan pada suatu masa dahulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Difahamkan, beliau yang merupakan Pengerusi PKR negeri Terengganu itu ditawarkan sebanyak RM5 juta.

Azan berkata: "Malah jumlah (tawaran) lebih daripada itu."

Bagaimanapun, beliau menolak tawaran dan tidak mendatangani perjanjian itu.

Menurut Azan, sesi rundingan yang berlangsung pada waktu pagi itu disifatkan begitu terperinci, kemas dan teratur.

"Saya berharap kedudukan yang diumumkan sebagai peringatan awal kepada masyarakat umum dalam menilai soal integriti menjelang pilihan raya," katanya.

Azan berkata, beliau akan mendedahkan mengenai tawaran secara terperinci dalam pelbagai bentuk pada masa akan datang.

"Pendedahan itu nanti tidak dapat dinafikan (oleh mereka yang terlibat)," kata beliau.

Azan berkata pengakuan beliau merupakan susulan kepada pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terhadap rakaman klip video yang mendakwa wujudnya tawaran membeli ahli PKR bernilai RM2 juta untuk melompat parti.

Khalid mendakwa rakaman yang didedahkan daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu mengandungi perbincangan antara lima individu yang turut melibatkan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim.

Bagaimanapun Khalid berkata: "Ia (kes Azan) merupakan kes yang berbeza mengenai tawaran pembelian Ahli Parlimen PKR untuk melompat parti."

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan