Lynas: MCA Kuantan Pertimbang Tindakan Mahkamah Terhadap Fuziah

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: MCA Kuantan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Ahli Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh jika beliau berterusan melemparkan tohmahan dan fitnah kepada Ahli Dewan Undangan Negerinya (Adun) bersabit isu Lynas.

Ketuanya Datuk Ti Lian Ker berkata dakwaan Fuziah dalam sebuah portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam bahawa dua Adun MCA yang bercuti ke Australia atas tajaan Lynas dan sekembali ke tanah air mengatakan bahawa kilang itu selamat, adalah satu fitnah.

"Sebelum ini dia (Fuziah) pernah mendakwa kita (MCA) tidak mengambil perhatian dalam isu Lynas, sedangkan Adun Semambu (Datuk Pang Tsu Ming) sudah menyuarakan kebimbangan rakyat ketika projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibentangkan di sidang DUN pada 2008.

"Ketika itu, Fuziah tidak menyatakan pendirian dan sekarang dia pula yang mendakwa jaguh dalam isu berkenaan. Ini jelas membuktikan, dia hanya mementingkan politik daripada keselamatan rakyat," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini, Rabu.

Turut hadir, Phang dan Adun Teruntum, Chang Hong Seong.

Ti berkata kenyataan Fuziah di dalam FMT semalam bahawa isu Lynas menjadi mimpi ngeri kepada MCA adalah satu perkara yang bukan sahaja menggelikan hati malah ia merupakan satu helah Fuziah untuk lari daripada dihukum rakyat mengenai ketiadaannya di Parlimen minggu lepas.

"Padahal, beliaulah kononnya yang paling bijak sekali mengenai isu Lynas sehingga mengheret rakyat ke jalanan untuk protes, tetapi ketika pembentangan PSC beliau ke luar negara, kononnya untuk belajar strategi pilihan raya dan bekerja, adakah ini adil untuk rakyat yang selama ini menyokongnya," katanya.

Beliau berkata sebagai anggota Parlimen, Fuziah sepatutnya tubuhkan satu jawatankuasa bertindak khas bagi menangani isu Lynas sejak awal lagi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan