Laporan Program Audit Bahasa Akan Dibawa Ke Kabinet - Awang Sariyan

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Program Audit Bahasa akan dibentang di Kabinet bagi merangka tindakan susulan untuk memastikan masalah pengunaan bahasa kebangsaan ditangani dengan lebih serius.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Awang Sariyan berkata laporan tersebut akan meliputi tahap penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan di semua jabatan kerajaan yang akan terlibat dengan program itu nanti.

"Penggunaan bahasa akan direkodkan tahapnya melalui aplikasi bahasa kebangsaan di setiap aktiviti organisasi seperti dokumentasi dan perjalanan mesyuarat. "Bagi aspek mutu bahasa, kumpulan audit bahasa DBP akan menilai penggunaan bahasa kebangsaan yang bermutu dan sempurna dari segi ejaan, tanda baca serta penggunaan perkataan kerana dikhuatiri jika terdapat kesalahan bahasa, ia berpotensi merencatkan kelancaran pentadbiran negara khususnya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya, pada Rabu.

Program Audit Bahasa yang bermula hujung tahun ini sehingga 2014 akan melibatkan badan kerajaan pada tahap pertama sebelum diperluas kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau juga memaklumkan program perintis DBP itu digerakkan atas dasar bagi memenuhi peranan akta (5) dan (6) Bahasa Kebangsaan berkaitan perluasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai sektor meliputi penggunaan bahasa yang baik dan bermutu.

"DBP juga sedar akan peranan dan kedudukan bahasa kebangsaan seperti termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan iaitu bahasa kebangsaan sebagai wahana pentadbiran negara secara rasmi," katanya.

Ekoran sedar usaha memartabatkan bahasa kebangsaan semakin dijauhkan daripada masyarakat, beliau berkata penjawat awam akan menjadi sasaran utama bagi memastikan program itu mencapai matlamatnya. "Selepas 54 tahun negara merdeka, usaha mengangkat dan martabat bahasa kebangsaan semakin pudar terutamanya di sektor kerajaan dan kakitangan awam. "Penjawat awam dan jabatan kerajaan tidak wajar memberi alasan untuk tidak memartabatkan dan menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik kerana mereka ini adalah pendukung utama kepada segala dasar kerajaan.

Katanya program itu adalah sebahagian daripada Dasar Bahasa Kebangsaan sama seperti dasar-dasar kerajaan yang lain. "Saya harap kesemua jabatan kerajaan melihat program ini sebagai satu program positif dan ia tidak berniat sama sekali untuk mencari kesilapan organisasi berhubung penggunaan bahasa kebangsaan... Ini untuk penambah baik kepada bahasa kebangsan kita sendiri," katanya.

Beliau dalam masa yang sama yakin akan melihat lonjakan bagi mengutamakan bahasa kebangsaan dengan baik dan bermutu dalam setiap urusan kerajaan dalam masa dua hingga tiga tahun dari sekarang hasil pelaksanaan program itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan