Kemalangan Ketika Pergi, Balik Kerja Meningkat - Perkeso

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kadar kemalangan ketika pergi dan balik kerja membabitkan pekerja meningkat setiap tahun sejak lima tahun lepas, kata Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Beliau berkata sebanyak 24,809 kes kemalangan semasa pergi-balik ke tempat kerja direkodkan berlaku di seluruh negara pada tahun lepas berbanding 22,036 kes tahun sebelumnya (2010).

"Sebanyak 90 peratus daripada 24,809 kes kemalangan itu melibatkan penunggang motosikal dan hampir 55 peratus daripada kemalangan itu berlaku dalam lingkungan satu hingga lima kilometer dari tempat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Perkeso negeri Selangor dengan kerjasama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd di sini, Rabu.

Mohammed Azman berkata jumlah keseluruhan kemalangan melibatkan pekerja yang direkodkan pihaknya sepanjang tahun lepas adalah 59,897 kes berbanding 57,639 kes kemalangan yang direkodkan pada 2010, iaitu peningkatan lebih 2,000 kes.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat penurunan dalam kadar kemalangan di tempat kerja setiap tahun semenjak kebelakangan ini iaitu 35,088 kes tahun lepas berbanding 35,603 kes pada 2010.

Mohammed Azman berkata Perkeso telah membayar RM1.71 bilion sebagai pampasan kepada pekerja yang terlibat dengan kemalangan dan jumlah itu meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1.678 bilion, katanya.

Menyentuh program hari ini, beliau berkata Perkeso kini giat melaksanakan aktiviti pencegahan kemalangan dengan memberi kesedaran kepada golongan majikan.

Katanya amalan perkongsian pintar antara Perkeso dan majikan dilihat boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan pekerja semasa berulang-alik dari tempat kerja.

Dalam majlis itu, Mohammed Azman menyampaikan topi keledar serta vest keselamatan kepada 20 pekerja syarikat Panasonic. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan