Justfikasi Lompat Parti Jeffrey Kittingan Lemah - Tawfiq

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Politik di Sabah meniti hari yang menyedihkan apabila seorang ahli politik menggunakan alasan "untuk mencari penyelesaian bagi Sabah" dalam usaha mempertahankan tindakannya melompat dari sebuah parti ke parti yang lain, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata justifikasi Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam tindakannya melompat parti adalah lemah dan tidak kukuh.

Katanya sebagai seorang ahli politik veteran, Jeffrey juga perlu mendapatkan fakta sejarah yang sebenar. "Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman tidak melompat dari Usno ke dalam Umno seperti yang didakwa oleh Jeffrey," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Tawfiq menegaskan bahawa dalam perhimpunan khas Usno pada 1991, semua cawangan dan bahagian Usno membuat keputusan sebulat suara untuk menyertai Umno serentak.

"Pada ketika itulah Musa menjadi anggota Umno. Sebenarnya Musa menyertai Umno semasa parti itu merupakan pembangkang di Sabah pada masa itu," katanya.

Tawfiq berkata sebaliknya Jeffrey, meninggalkan PBS pada 1994 untuk menubuhkan parti baru Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tetapi kemudian meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar), namun meninggalkan Akar selepas gagal menjadi presiden dan menyertai semula PBS.

Beliau berkata Jeffrey sekali lagi meninggalkan PBS setelah gagal berada dalam arus perdana kepimpinan PBS dan selepas meninggalkan PBS, beliau cuba menyertai Umno selepas pilihan raya 2004 tetapi tidak diterima. "Sejarah cenderung untuk berulang apabila Jeffrey menyertai semula PBRS tetapi keputusan itu tidak lama apabila beliau keluar parti selepas gagal mengalahkan Kurup sebagai presiden," katanya.

Jeffrey kemudiannya mencuba nasib bersama pembangkang dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagaimanapun tabiat lama sukar dihakis dan beliau meninggalkan parti itu setelah tidak dilantik sebagai Pengerusi PKR negeri. "Hari ini, Jeffrey adalah Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah tetapi saya tertanya-tanya sama bila beliau akan bertahan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan