Gangguan Bekalan Air Di K.Lumpur, Petaling, Hulu Langat

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan sementara bekalan air awal bulan depan, kata Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abdul Halem Mat Som.

Dalam kenyataannya, pada Selasa, beliau berkata gangguan itu disebabkan oleh kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor ke atas peralatan saluran pembekalan air syarikat itu.

Menurutnya, gangguan di kawasan Petaling dijangka bermula pukul 8 malam pada 7 Julai hingga pukul 11 pagi keesokan harinya.

Kawasan yang terlibat ialah di Jalan Subang Airport Lama; SS12SS19 Subang Jaya; kawasan U1 Temasya sehingga Kolam Air Temasya; kawasan Saujana O Lot sehingga Kolam Air Saujana O Lot; Glenmarie Hicom; Glenmarie Court; PJU 1A Lembah Subang; Sebahagian SS7 Kelana Jaya; PJS 1PJS 11; Guiness Anchor, PJS 6; Pusat Haemodialysis Fasa, PJS 2; Pusat Dialisis Rakyat, PJS 3; Hotel Romeo Inn, PJS 7; Hotel Sun Inns, PJS 7; Hotel Sun View, PJS 7; Taylor's College School Of Hospitality & Tourism.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah PJS 7; Kompleks Medan Selera, PJS 10; Deluxe Laundry Service Centre, PJS 10; Kampus Kolej Sunway, PJS 11; Ben Fortune Pastry Manufacturing (M) Sdn Bhd, PJS 11; Hotel Sun Inns, PJS 11; Medan Sunway Foodcourt, PJS 11; Monash University Campus Malaysia Sdn Bhd, PJS 11; S&P Food Industries Sdn Bhd, PJS 11; Sunway Lagoon Resort Hotel, PJS 11; Sunway Pyramid Shopping Mall, PJS 11; Sunway Lagon Water Park, PJS 11; Sunway Medical Centre.

Lokasi lain ialah PJS 11; TT Food Manufacturing Sdn Bhd, PJS 11; Holiday Villa Hotel, SS12; Grand Dorsett Subang Hotel, SS12; Subang Jaya Medical Centre (SJMC), SS12; 3K Sports Complex Majlis Perbandaran Subang Jaya, SS13; Apex Healthcare Berhad, SS13; Auric Pacific Food Processing Sdn Bhd, SS13; Havi Food (M) Sdn Bhd, SS13; Mamee-Double Decker (M) Berhad, SS13; Mac Food Services (M) Sdn Bhd, SS13; Inti College, SS15; Subang Park Hotel Sdn Bhd, SS15; Taylors College Sdn Bhd, SS15; Empire Shopping Gallery, SS16; Carrefour, SS16; Subang Parade, SS16; Jaya Square, SS17; Glenmarie Golf & Country Club; Terminal Sky Park, Subang Airport; Hyatt Saujana Hotel; Sime Darby Medical Centre Ara Damansara; CITTA Mall Complex; Malaysia Airlines Academy dan Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur.

Abdul Halem berkata kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan ialah penggantian injap kupu-kupu 100MM diameter dalam kawasan Kontena Nasional dan penggantian injap saluran 600MM diameter di susur masuk Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) depan Mentari Court Apartment.

Selain itu, katanya, kerja penggantian injap saluran 600MM diameter di simpang Jalan PJS 2C Taman Medan, dan kerja penggantian injap kupu-kupu 450MM diameter di persimpangan PJS8/9 susur keluar LDP juga akan dijalankan.

Beliau berkata gangguan juga akan berlaku di Hulu Langat mulai 9 Julai (Isnin), bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokannya.

Kawasan yang terlibat ialah Seksyen 1 hingga 5, Bandar Baru Bangi; dan Seksyen 14 dan 15, Bandar Baru Bangi; Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi, Seksyen 13; Kampung Teras Jernang dan Taman Bangi Mutiara, Seksyen 2. Gangguan disebabkan kerja penggantian injap saluran 600MM diameter di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat.

Sementara itu, Abdul Halem berkata pada 11 Julai (Rabu) pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya 12 Julai (Khamis), bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur juga akan terjejas berikutan kerja pemasangan injap kupu-kupu baru bersaiz 600MM diameter di Jalan U-Thant berhadapan Pejabat Kedutaan Amerika.

Kawasan yang akan terbabit ialah Taman U-Thant; Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak sehingga ke MRR2); Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Yap Kwan Seng sehingga ke persimpangan Jalan Eaton).

Beliau berkata pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS, dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222.

Maklumat juga boleh diperolehi daripada laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan