Denda RM3,000 Jika Pengamal Perubatan Tradisional Tidak Berdaftar

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan pada Rabu membentangkan Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang mewajibkan semua pengamal perubatan tradisional mendaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang akan ditubuhkan.

Mereka yang gagal berbuat demikian boleh didenda tidak lebih RM30,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan, manakala bagi kesalahan berulang, mereka berdepan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Rang Undang-Undang itu dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Cadangan penubuhan majlis itu ialah bagi mengawal selia perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia, termasuk menetapkan kelayakan yang dikehendaki bagi setiap bidang amalan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu akan turut dianggotai wakil kementerian, universiti tempatan yang pakar dalam bidang perubatan serta pengamal berdaftar dalam perkhidmatan awam, akan memegang jawatan selama tiga tahun.

Rang Undang-Undang itu juga memperuntukkan kuasa kepada majlis untuk mengeluarkan perakuan amalan kepada pengamal berdaftar yang telah memenuhi syarat dan membayar fi yang ditetapkan.

Majlis itu juga boleh meminta mana-mana pengamal menghentikan operasi jika didapati pendaftarannya batal, menggunakan amalan yang tidak selamat yang menjejaskan kesihatan pesakit serta gagal mematuhi ketetapan atau arahan majlis, Menteri atau Ketua Pengarah Kesihatan.

Rang Undang-Undang itu menggariskan bahawa amalan perubatan tradisional dan komplementari merupakan apa-apa amalan berkaitan kesihatan untuk mencegah, merawat dan mengurus penyakit, serta memelihara kesihatan fizikal dan mental individu.

Amalan itu termasuk perubatan tradisional Melayu, Cina dan India, homeopati serta terapi komplementari tetapi tidak termasuk perubatan dan pergigian. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan