Pemilik Kedai Buku Bimbang & Minta Satu Garis Panduan Yang Jelas Berhubung Pengharaman Buku Dilakukan

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gedung buku Borders menyeru pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan agar dapat mencari satu kaedah atau prosedur yang standard dan berkesan dalam menangani isu pengharaman sesebuah buku.

“Isunya di sini ialah bukanlah menjadi niat Borders untuk mencabar pengharaman buku tersebut yang dibuat pada 29 Mei lalu. “Malah kami sentiasa mematuhi peraturan atau keputusan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mengharamkan mana-mana buku yang difikirkan tidak sesuai untuk dibaca oleh rakyat Malaysia.

“Tetapi isu fundamental di sini ialah mengenai tindakan yang diambil oleh Jawi ke atas kakitangan kedai buku Borders sehingga ke tahap mendakwanya di mahkamah walaupun ketika tindakan diambil pengharaman ke atas buku tersebut belum lagi digazet dan diumumkan secara rasmi," kata Ketua Pegawai Operasi Berjaya Books Sdn Bhd, Yau Su Peng dalam satu kenyataan Selasa.

Berjaya Books adalah pemilik kedai buku Borders.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan buku berjudul 'Allah, Kebebasan dan Cinta' termasuk versi bahasa Inggerisnya yang berjudul 'Allah, Liberty and Love' kerana didakwa mengelirukan orang awam dan menyalahi ajaran Islam.

Kemudian satu operasi yang dijalankan oleh Jawi ke atas salah sebuah outlet kedai buku Borders, mereka telah merasmpas buku karya penulis kontroversi dari Kanada bernama Irshad Manji itu.

Bagaimanapun Borders mendakwa rampasan yang dilakukan di kedai buku mereka dibuat sebelum pihak penjual menerima notis rasmi mengenai keputusan pengharaman itu daripada pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, Yau menyarankan agar satu jaminan atau prosedur yang standard yang dipatuhi perlu diberi perhatian agar pihak penjual sepertimana kedai-kedai buku dapat menjamin keselamatan dan suasana pekerjaan yang selesa untuk para kakitangannya pada masa hadapan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan kebenaran kepada Borders untuk menyemak kembali prosiding dalam kes rampasan buku-buku berkenaan oleh Jawi.

Yau berkata tindakan pihaknya dalam kes tersebut bukanlah berhasrat untuk mencabar kekuasaan Jawi tetapi ia merupakan satu tindakan jalan terakhir setelah percubaan untuk berundingan secara baik dengan Jawi berhubung kes tersebut gagal dilakukan.

"Jadi langkah kami itu semata-mata untuk mempertahan dan melindungi kakitangan kami daripada didakwa oleh pihak berkuasam," ujar Yau.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan