Hampir 90 Peratus Koperasi Bergerak Aktif

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus atau 8,385 daripada 9,516 koperasi yang didaftarkan di negara ini bergerak aktif sehingga ada yang mampu membayar dividen kepada anggotanya, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, sehingga Mei lepas sebanyak 498 koperasi telahpun membayar dividen kepada anggotanya bagi tahun kewangan 2011.

"Masih ada lagi koperasi yang belum menyelesaikan laporan audit untuk tahun lepas, dijangka selesai melakukan pengauditan bulan depan. Bila audit selesai, bilangan koperasi yang bayar dividen dijangka bertambah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang bertanya tentang bilangan koperasi yang berdaftar dan aktif di negara ini dan juga bilangan koperasi yang memberikan dividen pada tahun lepas.

Menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) beliau berkata, daripada jumlah koperasi didaftarkan, 92 peratus daripadanya berada dalam kategori koperasi kecil dan mikro yang mempunyai perolehan kurang RM1 juta setahun.

Katanya, enam peratus terdiri daripada kumpulan koperasi sederhana yang memperolehi perolehan lebih RM1 juta dan kurang RM5 juta manakala dua peratus terdiri daripada kumpulan koperasi besar dengan perolehan lebih RM5 juta setahun.

Rohani berkata, Bank Rakyat merupakan koperasi paling berjaya setakat ini dengan pulangan dividen kira-kira 20 peratus setahun.

"Kita harap dapat mencapai sasaran koperasi menyumbang lima peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam negara Kasar) bagi tahun depan dan 10 peratus menjelang 2020," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan