Aset RM3Bilion: PAS Setuju SPRM Siasat Anwar - Berita Semasa | mStar

Aset RM3Bilion: PAS Setuju SPRM Siasat Anwar

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan semula dengan kontroversi skandal pemilikan aset sejumlah RM3 bilion, PAS sebagai sekutu pakatan pembangkang menyatakan persetujuan agar Ketua Pembangkang itu disiasat pihak berkuasa.

Pendirian berkenaan disuarakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasual Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid kira-kira 13 tahun lalu berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

"Kita tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasaatan atas apa-apa tuduhan dan itu adalah pendirian PAS," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Malah Salahuddin turut mencabar SPRM agar menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anwar pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu menafikan dakwaan tersebut malah mencabar SPRM agar menjalankan siasatan semula bagi kes berkenaan.

Bagaimanapun Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menerusi Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris pada ketika itu jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Bukan itu sahaja, Abdul Murad juga baru-baru ini dilaporkan menyatakaan kesediaan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Anwar.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan