Ahmad Phesal Datuk Bandar Kuala Lumpur Baru - Berita Semasa | mStar

Ahmad Phesal Datuk Bandar Kuala Lumpur Baru

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Ahmad Phesal Talib
Datuk Ahmad Phesal Talib

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib, 58, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk tempoh dua tahun bermula 18 Julai ini.

Ahmad Phesal menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat kontrak pada 15 Julai ini.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pelantikan Ahmad Phesal telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengikut subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

“Beliau telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pengurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian pada 2007.

"Semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian, beliau terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur seperti 'Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, River of Life' serta program-program pembangunan lain di ibu kota, (dan) ini akan memudahkan beliau menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur," ," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Ahmad Phesal menyertai perkhidmatan awam pada 1977, dan antara jawatan yang pernah disandangnya ialah penolong pengarah dan ketua penolong pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha Majlis Perbandaran Labuan.

Beliau berkelulusan Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah daripada Universiti Wisconsin dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Antropologi dan Sosiologi daripada Universiti Malaya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan