Perodua Pertimbang Beri Jaminan Bagi Kereta Ubahsuai OKU

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sedang mengkaji kemungkinan memberikan jaminan bagi kenderaannya yang diubahsuai bagi orang kelainan upaya (OKU).

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Perodua sedang berunding dengan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian kenderaan bagi OKU serta mendapatkan perkhidmatan daripada pakar teknikal, Puspakom dan jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran bilik pameran jualan mesra OKU pertama Perodua di sini Isnin, Aminar Rashid berkata, pada masa akan datang, Perodua akan juga menampilkan lebih banyak kemudahan bagi OKU, di bilik pamerannya.

Bilik pameran jualan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bagi rangkaian masa depan, kami menggalakkan wakil jualan kami membenarkan kemudahan-kemudahan ini diadakan di premis mereka," katanya.

Bilik pameran jualan mesra OKU pertama yang terletak di Taman Wahyu Jaya, menyediakan tanjakan bagi laluan mudah kerusi roda serta bilik air dan bilik solat mesra OKU. Ia dikendalikan oleh wakil jualan terbaharu Perodua, Faresh Motor (M) Sdn Bhd.

Kemudahan yang ditawarkan di sini akan menjadi penanda aras bagi semua bilik pameran jualan dan cawangan servis Perodua di seluruh negara akan datang, kata Aminar Rashid.

Menurutnya, dengan pembukaan cawangan wakil jualan terbaharu ini, Perodua kini mempunyai 183 cawangan jualan di seluruh negara dan berhasrat mempunyai 192 cawangan menjelang akhir tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan Faresh Motor, Ahmad Faresh Ahmad Zahid, yang merupakan seorang OKU, berkata bilik pameran itu dibina bagi kemudahan orang kurang upaya.

"Berdasarkan pemerhatian saya, kemudahan-kemudahan bagi kumpulan ini amat terhad dan saya akan cuba menyediakan satu kemudahan bagi mereka.

"Saya sendiri tahu OKU yang terpaksa membeli kereta, hanya melihat kereta dari luar bilik pameran kerana pusat jualan tidak boleh menampung mereka," katanya.

Beliau berkata, bilik pameran jualan juga memberikan nasihat mengenai pengubahsuaian bagi OKU. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan