Permintaan Pengasuh Wanita Dalam Pantang Meningkat Mendadak

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kebanjiran bayi baru lahir pada tahun Naga telah menyebabkan permintaan terhadap pengasuh yang menjaga wanita dalam tempoh berpantang meningkat dengan mendadak sekaligus menjadikan mereka 'komoditi yang sangat berharga'.

Kebanyakan ibu di seluruh negara, terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu.

Para ibu ini sering merungut dengan mengatakan sukar untuk mendapatkan khidmat wanita berpengalaman atau pengasuh yang boleh menjaga mereka ketika dalam pantang walaupun ia dicari seawal tiga hingga empat bulan sebelum mereka bersalin.

"Kakak ipar saya di Johor Bharu mencari pengasuh di merata-rata tempat sejak Mac lalu dan dia hanya boleh mendapatkan khidmat pengasuh tersebut pada Julai depan," kata Elaine Wong, 32.

Wong yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki Mac lalu, berkata dia telah menempah pengasuh dari Ipoh untuk menjaganya dalam tempoh berpantang sejak November tahun lalu.

"Wanita berkenaan sangat bagus, namun dia telah ditempah sehingga Julai depan," kata Wong yang telah memperkenalkan pengasuh berkenaan kepada kakak iparnya.

Sementara itu Nancy, 34, menempah tempat di pusat jagaan ketika berpantang awal, namun dia antara orang yang terakhir di terima di pusat berkenaan.

"Saya tahu sekiranya saya tidak menempah awal, saya akan menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat di sana," kata Cheng yang bakal menghabiskan tempoh berpantangnya tidak lama lagi.

Zen Ah Ching, seorang pengasuh berpantang, 60 an berkata dia telah mendapat tempahan hingga bulan Disember nanti.

"Saya telah ditempah sehingga bulan Januari tahun depan," kata Zen.

Oleh kerana permintaan yang sangat tinggi, Zen berkata bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan dalam tempoh berpantang meningkat daripada RM100 hingga purata RM3,800 namun bakal ibu mungkin perlu membayar lebih sekiranya mereka tidak mendapat pengasuh tempatan dan terpaksa mendapatkan khidmat pengasuh daripada negeri lain.

Bagi pengurus SN Confinement Ladies Service, Alice Ong, pula tempatnya telah menerima tempahan hingga Disember tahun ini.

"Kebiasaannya, mereka akan membuat tempahan di saat-saat akhir atau tempahan dua atau tiga bulan lebih awal," katanya.

Ong berkata, kebanyakan pengasuh dalam pantang di sini agak kurang ketika ini kerana ramai daripada mereka lebih suka bekerja di Singapura kerana di sana mereka mendapat pendapatan yang lebih lumayan.

"Kekurangan paling ketara adalah di Johor Bahru kerana kebanyakan pengasuh ini lebih suka bekerja di seberang tambak," kata Ong.

Menurutnya, mereka yang tidak mampu untuk mendapatkan khidmat pengasuh untuk menjaga dalam tempoh berpantang akan mengupah pembantu rumah atau meminta bantuan suami atau saudara mara untuk menjaga bayi mereka.

"Beberapa pusat jagaan dalam tempoh berpantang mempunyai kelas untuk menguruskan bayi baru lahir yang dikhaskan kepada para suami dan saudara mara," kata Ong.

Mengikut kalendar China, tahun Naga dianggap tahun yang bertuah untuk mendapat anak. Bayi yang dilahirkan pada tahun ini dikatakan mempunyai sifat dan karisma tinggi serta ramai yang percaya mereka ini akan lebih berjaya dalam kehidupan mereka.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan